Tuesday, January 24, 2012

Apology

I'm sorry.

Mungkin dah terlambat untuk minta maaf, tapi saya nak minta maaf jugak. Maafkan saya. Saya tau, perbuatan saya memang kejam. Saya buat sebab saya tension dengan dia, tension dengan perangai dia. Pembaca-pembaca sekalian tidak rasai apa yang saya rasai bila saya couple dengan dia. Perangai buruk. Sikit-sikit, merajuk lebih. Kalau saya sedih, dia takkan pujuk, padahal kalau dia sedih, saya pujuk. Sebab tu saya kata dia macam princess, saya je yang kena layan dia. Kesedihan saya? Tak dihiraukan. Saya pernah menangis dekat dia, tapi takde apa yang berubah. Perangai dia sama jugak. Saya juga pernah lepaskan geram saya terhadap dia dekat blog ni. Tapi dah delete.

Setiap kali saya keluar dengan dia, dia mesti buat perangai teruk sangat. Balik-balik, saya akan menangis. Kenapa? Saya dah tak larat nak marah dia, sebab ia takkan membuahkan apa-apa hasil. Jadi saya lepaskan dalam bentuk air mata. Terlalu banyak kali saya menangis sebab dia, namun tiada apa yang berubah. Saya tension sangat dgn dia sampai saya kerat tangan kiri saya bnyk2 kali. Parut tu kekal lagi. Dah la saya bakal mengharungi SPM pada masa tu, saya langsung tak boleh berikan tumpuan dlm studies. Asyik sedih, tension, sedih, tension.

Jadi, saya pergi mencari kebahagiaan sendiri. Then, berlakulah apa yang anda sekalian sudah tahu.

Saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya tahu perbuatan saya itu salah. Pada masa tu, saya marah sangat dekat dia, saya dah lupakan segala-galanya. Maafkan saya lagi sekali. Saya dah sedar dan insaf. Saya betul-betul rasa bersalah. Perbuatan saya telah menyakitkan hati ramai orang, dan juga telah menimbulkan kemarahan. Saya minta maaf sangat-sangat. Saya tahu ada cara yang lebih baik untuk selesaikan masalah tersebut, tetapi saya cuma ingat nak balas dendam sahaja. Perbuatan saya itu memang salah, dan saya ingin memohon maaf atas segala galanya.

Terima kasih kerana sudi membaca.

tl;dr : I'm sorry